Selasa, Julai 05, 2011

Cara-cara Membuat Jadual Belajar

Cara buat jadual belajar

Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!

Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.

Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik. Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.

Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.

Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan, kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak cepat habis.

Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main "game". Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah jadual secara tidak terancang boleh digunakan.

Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis. Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari. Jangan lebih atau kurang.

Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3 sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.

Sumber daripada:www.ketam.pja.my

15 ulasan:

sarah aainaa berkata...

saya Sarah Aainaa. saya smk petang (tingkatan 1),jadi...boleh tolong berikan saya jadual waktu yang baik bagi sesi petang sekolah menengah tingkatan 1(tolong susunkan jadual waktu saya dan memberikan yg. terbaik...untuk menyempurnakan waktu seharian saya dan tlong agihkan waktu(pukul)berapa yg..sesuai dan memperbetulkan saya punya jadual seharian dengan betul & mengagihkan masa aya dengan membaca buku cerita(berapa minit/jam & bila saya patut membaca buku cerita)....

ISNIN-KHAMIS


=pukul 10:30pagi(saya bersiap untuk memakai baju smk)=bangun pagi solat subuh
=sarapan(pukul 8:30)
=waktu pagi saya harus buat apa?
=11:00 pagi(makan)
=11:30 pagi tunggu van sekolah dtg jemput di rumah saya untuk ke sekolah.
=12:30 tghhr (sampai di sekolah)
=1:10 tghhr (start sklh)((solat zohor dan asar di sekolah pada waktu yang di tetapkan oleh pihak sekolah))sesi persekolahan hingga 6:40 ptg.
=6:40 ptg - 7:15 lebih*sampai mghrib* mlm(tunggu van sklh)
=7:30 mlm lebih(sampai rumah)
=(sampai rumah) terus ke bilik untuk mandi dan menunaikan solat magrib.
=habis solat,turun bawah...makan mlm..
=kemuadian solat isyak.
=kemuadian susun buku sekolah(kira kira pukul.......(x tahu ...*tolong agihkan masa*)
=kemuadian *buat apa*....
=tidur ...saya harus tidur pukul berapa?

JUMAAT

=bangun pagi solat subuh
=sarapan(pukul 8:30)
=waktu pagi saya harus buat apa pada pukul 9:00 pagi - 12:30 tghhr?
=12:30 tghhr(bersiap pakai baju smk)
=solat zohor
=1:30 (bertolak ke sekolah dengan mak saya)
=1:45 (sampai smk)
=2:20(start sklh dan solat asar disana) sehingga pukul 6:40 ptg..
=6:40 ptg - 7:15 lebih (tunggu van)
=kira kira 7:30 mlm(sampai di rumah)
= terus naik bilik dan mandi dan solat maghrib..
=habis,turun bawah untuk makan mlm..
=solat isyak
= susun buku smk..
=saya patut buat apa?....
=saya patut tidur pukulberapa?

SABTU & AHAD

= tolong agihkan masa .....

MATA PELAJARAN YANG SAYA LEMAH
=BI
=SN
=BM(PEMAHAMAN&PENULISAN)
=SEJARAH

KOKURIKULUM DI SEKOLAH SAYA(TOLONG AGIHKAN MASA JADUAL SAYA DENGAN INI...

*RaBu*
=8:00 pagi - 10:45 pagi

*SeLaSa / KhAmIs*
=8:00 pagi - 9:30 pagi


P/S= berapa jam & minit kah bagi setiap murid tingkatan 1(perempuan) perlu belajar setiap pelajaran untuk kita mengulang kaji di rumah?

terima kasih..harap dibalas..

Tanpa Nama berkata...

salam,saya assmeera nadira boleh tlong sy uruskan jdual sy x???sy xpndai sngt la....sy form 4 sy xaml bio,fizik,kimia

Tanpa Nama berkata...

Salam,saya Nur Aina,form1 boleh tlg buatkan jadual blaJaR uNTk syX??

Haziqhaha berkata...

salam,saya balqish syahirah,form3 boleh x tlg buatkan jadual belahar yg betul utk saya?

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas sedikit sebanyak tentang makluman yang tertaip diatas...

Zyrwatul Hanan berkata...

Assalamu'laikum, mohon beri terangan pembahagian subjek untuk nak ulangkaji. Contohnya subjek bahasa inggeris perlu berapa kali seminggu dan seterusnya.
Saya aliran akaun, dan niey subjek2nya (*kebolehan menguasai subjek):
- Sejarah *sederhana
- B.Melayu *baik
- B.Inggeris *kurang baik
- Sains *sederhana
- Ekonomi Asas *sederhana
- Prinsip Perakaunan *sederhana
- Add Math *kurang baik
- Math Mode *kurang baik
- Syariah Islamiah *baik
- Alquran dan Sunnah *baik
- B. Arab *sederhana

Sekian, thanks ;)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,saya ingin membuat jadual harian ,tetapi tidak tahu untuk membahagikan masa2.Boleh tolong saya?(TAHUN 6)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....NMA sya RIRI..sya tngkatan 3...sya stuju dgn cadangan anda...x pyah buat jadual pun lebih ok...

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum...sye mahu brtnye boleh kah tidur hanye 3 jam sahaje?

Tanpa Nama berkata...

assamualaikum,saya darjah 6 dlm sesi petang buatkan jadual untuk saya..

ShidaShisy :* berkata...

assalamualaikum awak , saya form 4 nak mintak tolong checkkan jadual saya sama ada betul atau tidak.

Isnin - khamis :

5.30 pg : bangun,solat subuh, makan.
6.45 pg : pergi sekolah.
1.30 tgh : balik rumah, mandi, makan , solat zohor.
2.30 ptg : buat homework.
3.30 ptg : tidur.
4.30 ptg : mandi,solat asar.
5.00 ptg : buat latihan math/ ulangkaji.
6.00 ptg : tengok tv / online / makan ptng / senam.
7.00 mlm : solat maghrib, baca quran, baca majalah.
7.30 mlm : tengok tv.
8.00 mlm : makan malam, iron baju, kemas buku.
8.30 mlm : Online / baca buku / buat nota.
9.00 mlm :

ShidaShisy :* berkata...

9.00 malam : menghafal nota.
10.00 malam : tidur.

Mintak tolong sangat tolong checkkan. Jika ada kesalahan atau perubahan tolong bagitahu saya ye . Terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

saya setuju sangattttttt dengan penje lasan diatas

khairunnisa izzah berkata...

saya nak straight 'A'
Doakan saya ea, kawan kawan :(

Tanpa Nama berkata...

Thanks untuk perkongsian ni..

Catat Ulasan

 
Copyright Dunia Auna Dan Auna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .