Isnin, Disember 20, 2010

Bagaimana Hendak Menjadi Tinggi ?

MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN UNTUK JADI TINGGI.
TABIAT TIDUR JUGA MENENTUKAN KETINGGIAN KITA.

TABIAT ONANI, MEROKOK, AMBIL DADAH, MINUM ARAK AKAN BUAT KITA TERBANTUT
 
Ketinggian adalah penting disebab perkara seperti berikut:-
  • Menambah keyakinan diri
  • Senang dapat kerja
  • Tidak mudah dibuli
  • Lebih dihormati
  • Wanita lebih suka lelaki tinggi oleh kerana tinggi menandakan sihat.
  • Kajian stastistik di Australia telah mendapati lelaki yang tingginya lebih dari 6 kaki, purata pendapatan tahunan mereka lebih tinggi A$1,000.00 dari lelaki biasa.
FAKTOR GENETIK

Ada orang mengatakan kita tidak boleh buat apa apa dengan ketinggian kita disebabkan ditentukan oleh genetik atau keturunan . Saya tidak nafikan genetik memainkan peranan penting tetapi faktor lain boleh mengubah peranan genatik. Saya sendiri boleh dikatakan dari keturunan tinggi, datuk saya tingginya lebih dari 6 kaki dan mendapat gelaran 'Tok Awang Tinggi'. Salah seorang anak saya mengalami alahan susu semasa kecil dan doktor hanya membenarkan dia minum susu berasakan kacang soya setiap hari, ini mennyebabkan dia rendah sedikit dari anak anak saya yang lain. Ini menunjukan bahawa genetik sahaja tidak cukup untuk membuat kita jadi tinggi dan pemakanan juga penting

Orang orang Jepun dan Korea sebelum perang dunia kedua dahulu tidaklah setinggi era selepas perang. Selepas perang dahulu unsur barat termasuk pemakanan telah menyerapi budaya kehidupan orang orang jepun. Dan ini menyebabkan mereka lebih tinggi sekarang.


MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN UNTUK JADI LEBIH TINGGI

Pemakanan penting sebab sekiranya badan kita tidak mendapat vitamin dan zat galian yang lain akan menyebabkan kita terbantut:-
  • Makanan yang lebih calcium seperti susu, keju dan yogat adalah penting untuk pembentukan tulang
  • Vitamin D yang boleh di dapati dari sinar matahari, ikan, udang dll.
  • Vitamin A yang tedapat dari susu ,mentega, margerin, hati , telur, lobak merah, ubi keledek, bayam, buah mangga, cili dan lain lain.
  • Protin yang mengandungi amino-acid adalah pemakanan yang sangat penting untuk pembesaran dan menentukan ketinggian kita. Makanan seperti daging, susu, telur, dan semua jenis kacang mempunyai protin yang tinggi.
  • Jangan makan terlalu banyak sekali gus, anda akan jadi gemuk dan bukan tinggi. Makan sedikit , kerap tetapi berkualiti.
  • Jangan makan dan terus tidur, anda akan jadi gemuk dan tidak tinggi.

SENAMAN UNTUK JADI LEBIH TINGGI

  • Senaman jenis 'stretching'
  • Senaman jenis bergantung

TABIAT DAN GAYA HIDUP YANG PERLU DI ELAK UNTUK JADI TINGGI

  • Tidur lewat dan kurang tidur- Semasa tidur kelenjar 'pituitary' mengeluarkan hormone untuk pembesaran . Kita perlu tidur awal dan perlu tidur 8 hingga 10 jam sehari.
  • Onani (masturbation) akan membuat ketinggian terbantut
  • Merokok akan akan membuat ketinggian terbantut
  • Mengambil dadah akan membuat fungsi badan porak peranda dan akan membuat ketinggian terbantut
  • Minum arak (alcohol)
  • Stres dan tekanan hidup pun akan membuat ketinggian terbantut


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright Dunia Auna Dan Auna 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .